Laporan


PROGRAM KELUARGA ANGKAT
20 - 22 November 2015
Bandar Behrang 2020

         Pada 20 November yang lalu, Gabungan Persatuan Multimedia Kreatif Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) denagan Penduduk Bandar Behrang 2020, Perak, telah telah menganjurkan satu program iaitu 'Program Keluarga Angkat. Program ini melibatkan penduduk Bandar Behrang dan seramai 40 oranag mahasiswa/mahasiswi UPSI. Pada 20 November 2015 jam 3.00 pm kami bertolak dari UPSI ke Bandar Behrang kehadiran kami disambut dengan gembira oleh penduduk di kampung tersebut.






Kehadiran kami disambut oleh penduduk Bandar Behrang 2020 





 Pada jam 5.00 pm, program penyerahan keluarga angkat









 Aktiviti  sebelah malam Perlawanan futsal pada jam 9.00 pm - 11.00 pm



Perlawanan team lelaki


Perlawanan team perempuan




 Aktiviti  sebelah malam  Perlawanan Congkak juga diadakan 



Perlawanan antara peserta perempuan 



Perlawana bergu diantara peserta perempuan menentang peserta lelaki


      21 November 2015, pada sebelah pagi iaitu, jam 10.00 am - 12.00 am telah diadakan  ceramah agama yang bertajuk "Keluarga Bahagia Masyarakat Sejahtera" yang disampaikan oleh tetamu jemputan iaitu, Ustaz Hanariah Abd.Malek (TV9). Semua yang terlibat dalam program tersebut telah dijemput hadir untuk mendenger ceramah berkenaan.





Penceramah


Antara hadirin yang datang ke ceramah tersebut


21 November 2015, pada sebelah petang  iaitu, jam 2.30 pm - 4.00 pm progrem semai bakti telah diadakan iaitu gotong-royong dan khidmat masyarakat untuk membersikan kawasan Masjid.





Aktiviti membersihkan kipas yang terdapat di masjid berkenaan


Peserta perempuan membersihkan ruang solat perempuan




21 November 2015, pada sebelah malam pula, pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya ialah, menghulurkan bantuan kepada keluarga yang terpilih. aktiviti barbeque serta malam kebudayaan.


Menghulurkan bantuan berupa barangan dapur kepada keluarga kurang berkemampuan yang tinggal di sekitar Bandar Behrang 2020.












Semasa tetamu sedang menikmati makan malam, para peserta siswa/siswi dari UPSI telah menjalankan aktiviti Malam Kebudayaan yang turut dihadiri oleh penduduk Bandar Behrang serta keluarga angkat setiap peserta. Setiap kumpulan dikehendaki untuk membuat persembahan yang bertemakan "Keluarga Bahagia".











22 Nivember 2015, adalah hari terakhir kami bersama dengan keluarga angkat kami, sebelum kami balik ke UPSI, kami telah mengadakan sukaneka bersama keluarga angkat kami dengan penduduk Bandar Behrang selepas minum pagi. Sukaneka tersebut terbahagi kepada tiga ketegori iaitu,ketegori kanak-kanak, ketegori wanita dan ketegori lelaki.







Sukan kategori wanita

Sukan kategori kanak-kanak



Sukan katerori lelaki



Kehadiran para jemputan iaitu, penasihat dari Persatuan Multimedia Kreatif 
Seterusnya majlis perasmian dan penutupan program Keluarga Angkat Bandar Behrang 2020.
Majlis penyampaian hamper kepada para pemenang dalam aktiviti sukaneka dan cabutan bertuah.
Penyampaian hamper juga kepada setiap keluarga angkat yang menjayakan program keluarga angkat tersebut. Majlis diakhiri dengan bersalam-salam dan sesi bergambar sebagai kenangan bersama para peserta dan penduduk Bandar Behrang. Majlis berakhir pada jam 2.00 pm, dan para peserta serta peduduk Bandar Behrang dijemput untuk makan tengah hari.Tepat jam 3.00 pm, kami memulakan perjalanan pulang ke UPSI dengan perasaan yang berat untuk meninggalkan keluarga angkat baru kami.




















Laporan oleh :
Mazziana Suraban 
AT46-Multimedia UPSI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan