Bahan Pengajaran

SEJARAH PERKEMBANGAN TEKNOLOGI KOMPUTER


Istilah "teknologi maklumat" muncul pada sekitar dekad 1970-an. Pada abad ke-20, banyak industri bertumbuh dengan pesat dalam membangunkan sektor elektronik, sektor pengkomputeran, dan juga bidang-bidang teknologi yang lain. Pada ketika itu, terdapat banyak penyelidikan telah dilakukan bagi membiayai inovasi serta pembaharuan dalam bidang jentera dan pengkomputeran.


Komputer Generasi I (1940-1959)


Vacum Tube


         Komputer komersil yang pertama ialah UNIVAC I yang direka bentuk oleh J. Presper Eckert dan John Mauchly untuk Biro Banci Amerika Syarikat. Pada akhir dekad 1970-an.Penciptaan mikrokomputer dan diikuti oleh penciptaan komputer peribadi IBM pada tahun 1981.
         Perkembangan IT bermula apabila Generasi Komputer Digital wujud. Generasi pertama wujud pada tahun 1951-1958. Pada ketika itu tiub vakum telah digunakan sebagai elemen logik utama. Input terhadap komputer menggunakan kad tebuk dan data disimpan dengan menggunakan storan luaran. Storan dalamannya pula menggunakan drum magnetik. Atur cara ditulis dalam bahasa mesin dan bahasa himpunan.

Ciri-ciri komputer generasi pertama adalah;

1) Menggunakan Silinder magnetik untuk menyimpan data.

2) Komponen yang dipergunakannya adalah tabung hampa udara (Vacum tube) untuk sirkuitnya.

3) Kapasiti simpanan kecil.

4) Program cuma boleh dibuat dengan bahasa mesin: Assembler.

5) Saiz fizikal komputer besar, memerlukan ruangan yang luas.

6) Memerlukan dya elektrik yang besar dan cepat panas.


Komputer Generasi II (1959-1964)


Transistor



         Generasi Kedua (1959-1964) menggantikan tiub vakum dengan transistor sebagai elemen logik utama. Pita magnetik dan cakera pula telah menggantikan kad tebuk dan bertindak sebagai peralatan storan luaran. Bahasa pengaturcaraan aras tinggi digunakan untuk membuat atur cara seperti FORTRAN dan COBOL. Transistor pula telah digantikan dengan litar bersepadu pada era.

Ciri-ciri komputer generasi kedua adalah;

1) Menggunakan teknologi litar berupa transistor dan diode untuk menggantikan tiub vakum.
Sudah menggunakan operasi bahasa pengaturcaraan peringkat tinggi seperti FORTRAN dan COBOL.

2) Kapasiti memori utama dibangunkan dari Magnetic Core Storage.

3) Menggunakan simpanan luar berupa Magnetic Tape dan Magnetic Disk.

4) Keupayaan melakukan proses real time dan real-sharing.

5) Saiz fizikalnya sudah lebih kecil berbanding komputer generasi pertama.

6) Proses operasi sudah lebih cepat, iaitu jutaan operasi sesaat.

Komputer Generasi III (1964-1970)



Integrated Circuit (IC)


          Generasi Ketiga (1964-1970). Pita magnetik dan cakera menggantikan kad tebuk sepenuhnya dan ingatan metal oksida semikonduktor (MOS) diperkenalkan. Bahasa lebih tinggi telah dibangunkan seperti BASIC.

Ciri-ciri komputer generasi ketiga adalah:

1) komputer ini menjadi lebih cepat iaitu, hampir 10,000 kali lebih cepat daripada komputer generasi     pertama kerana menggunakan  Integrated Circuit (IC) .

2) Peningkatan dari sisi software.

3) Kapasiti memori lebih besar, dan boleh menyimpan beratus-ratus ribu karakter (sebelum ini hanya     puluhan ribu).

4) Menggunakan media simpanan luar cakera magnetik (external disk) yang sifat capaian datanya secara rawak (random access) dengan kapasiti besar (berjuta-juta watak).

5) Keupayaan melakukan multiprocessing dan multitasking.

6) Telah menggunakan terminal visual display dan dapat mengeluarkan suara.

7) Harganya semakin murah.


Komputer Generasi IV (1970-2000)



LCI

         Komputer Generasi Keempat seperti hari ini menggunakan litar bersepadu berskala (LSI dan VLSI). Microprocessor mengandungi litar ingatan, logik dan kawalan direka dalam satu cip sahaja. Komputer peribadi mula diperkenalkan oleh Apple (1984) dan IBM (1981) untuk kegunaan di rumah. Sistem pengoperasian MS-DOS digunakan secara meluas. Bahasa pengaturcaraan generasi keempat yang dibangunkan adalah seperti Visual C++ dan Visual Basic dengan ciri-ciri pengguna antara muka bergrafik.

Ciri-ciri Komputer Generasi ke empat adalah;

1) Menggunakan LSI, VLSI dan ULSI

2) Menggunakan Mikroprosesor



Komputer Generasi V (Akan Datang)


Artificial Inteligence


        Komputer generasi kelima adalah yang saat ini tengah dilakukan oleh pelbagai vendor elektronik. komputer generasi kelima kerap disebut sebagai komputer generasi masa depan. Rancangan masa depan komputer generasi ke lima adalah komputer yang telah mempunyai Artificial Intelligence atau disebut dengan AI.
       Sehingga komputer di masa depan dapat memberikan respon atas keinginan penggunanya. Masih dalam tahap pembangunan dan pemakainya belum terlalu banyak. Pembangunan komputer genarasi ini dipelopori oleh negara Jepun. Komponen elektronikanya menggunakan bentuk yang paling baru dari cip VLSI.
       Programnya dibuat dalam bahasa PROLOG (Programming Logik) dan bahasa LISP (List Processor) Memberi tumpuan kepada AI (Artificial Inteligence atau Kecerdasan Buatan), iaitu sesuatu yang berkaitan dengan penggunaan komputer untuk melaksanakan pelbagai tugas yang merupakan analog tingkah laku manusia. Beberapa bukti kecil adalah kemunculan telefon pintar, tablet, phablet, netbook, ultrabook, dan banyak lagi.
       Perkembangan selanjutnya adalah peranti komputer yang boleh dijalankan tanpa perlu menggunakan kenalan fizikal (menyentuhnya), tetapi menggunakan otak.


Kesimpulannya,

         Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau ICT (Information and Communication Technology) merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas. Ia boleh berkenaan dengan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudahnya adalah penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.

   Teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi. Seperti yang diketahui umum, teknologi disifatkan sebagai satu bentuk pemudah cara yang membolehkan pengaliran maklumat menjadi sangat pantas. Sebenarnya teknologi maklumat tidak terhad kepada internet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkan televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat kepada penerima.

         Terdapat 3 asas penting dalam penggunaan teknologi maklumat. Teknologi maklumat adalah untuk mengumpul maklumat. Ia juga digunakan untuk memanipulasikan maklumat dan proses semula imej, serta digunakan untuk berkomunikasi iaitu ia menjelaskan bagaimana teknologi maklumat digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan